Shahr-e Sukhteh
Shahr-e Sukhteh

Shahr-e Sukhteh

Shahr-e Sukhteh (Bahasa Parsi: شهر سوخته‎, "bandar terbakar"), sekitar 3200-2350 SM,[1] juga dieja Shahr-e Sūkhté dan Shahr-i Sōkhta, ialah sebuah tapak arkeologi yang melibatkan suatu petempatan Zaman Gangsa yang ketara dan dikait dengan budaya Helmand. Tapak ini terletak di provinsi Sistan dan Baluchestan, kawasan tenggara Iran di pesisir Sungai Helmand, berdekatan jalan Zahedan-Zabol. Tapak ini tersenarai sebagai Tapak Warisan Dunia pada Jun 2014.[2][3]Punca jatuh bangun bandar ini masih tidak diketahui. Artifak-artifak ditemui menunjukkan ketaksekataan sejarah bandar dengan tamadun-tamadun sezaman berdekatan, dan ada spekulasi bahawa Shahr-e Sukhteh ialah petunjuk kepada suatu tamadun di timur Parsi prasejarah yang bebas daripada tamadun Mesopotamia.

Shahr-e Sukhteh

Diasaskan 3200 SM
Keadaan Runtuhan
Budaya Budaya Helmand
Koordinat 30°35′43″N 61°19′35″E / 30.59528°N 61.32639°E / 30.59528; 61.32639Koordinat: 30°35′43″N 61°19′35″E / 30.59528°N 61.32639°E / 30.59528; 61.32639
Kriteria ii, iii, iv
Zaman Zaman Gangsa
Lokasi Sistan dan Baluchestan, Iran
Wilayah Sistan
Penetapan 2014 (sesi ke-38)
Kawasan Asia-Pasifik
Ditinggalkan 2350 SM
Akses awam Ya (08:00 - 19:00)
Nama rasmi Shahr-i Sokhta
Nombor Rujukan 1456
Jenis Budaya